Selamat Datang Ke Butik Pengantin Naynis

Di sini menyediakan perkhidmatan lengkap perkahwinan dan juga perkhidmatan Perancang Perkahwinan serta katering. Dengan pengalaman yang luas dalam bidang ini, InsyaAllah kami dapat merealisasikan impian bakal raja sehari.

spot.com/-K0SfanB

Koleksi Pelamin Butik Pengantin Naynis

Pelamin di naynis adalah berkonsepkan moden dan simple. Koleksi pelamin adalah terdiri daripada pelamin dewan dan pelamin rumah. Dari segi hiasan pelamin, pengantin boleh menentukan tema yang dikehendaki. Untuk hiasan bunga, butik pengantin Naynis menggunakan artificial (high quality) flower dan juga fresh flower.

Koleksi Pakaian Pengantin Naynis

Gambar koleksi kami akan di update dari semasa ke semasa. Untuk koleksi terkini, sila ke Galleri atau www.facebook.com/naynisbutikpengantin

Hasil Make UP Dari Kami

Di Sini Kami Menggunakan Foundation Kryolan Dan Tahan Selama 8 Jam.

Gubahan Hantaran

Kami Juga Merekabentuk Gubahan Hantaran Untuk Tempahan.

Iklan

iklan vip iklan vip

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khamis, 13 Disember 2012

MAJLIS PERSANDINGAN FARID KAMIL DAN DIANA DANIELLE DANNY BEESON


Pengantin Kejang

JITRA: Majlis resepsi pasangan pelakon, Farid Kamil Zahari, 31, dan Diana Danielle Danny Beeson, 21, di Taman Tema Tasik Darulaman, di sini, semalam, menjadi kelam-kabut apabila pengantin perempuan mengalami kekejangan pada kaki kanannya selepas beramah-mesra dengan tetamu dan peminat.
Diana Danielle yang kini berbadan dua mengalami kekejangan pada kaki kanannya selama hampir 15 minit menyebabkan pasangan itu bergegas keluar meninggalkan majlis jam 3 petang.
Malah, usaha media menunggu hampir empat jam untuk menemu bual Farid termasuk isu pakaian istiadat pegawai pasukan keselamatan pada majlis resepsi pengantin perempuan di Putrajaya, 1 Disember lalu, gagal selepas pelakon terbabit beredar menaiki kereta.


Adik Farid, Fadzil Zahari, 29, berkata perkara itu amat dikesali dan tidak dapat dielakkan kerana Diana Danielle keletihan selepas berarak menemui peminat.



“Kami meminta maaf kerana terpaksa membatalkan sidang media seperti dijanjikan kerana kesuntukan masa dan Diana tidak sihat akibat mengalami kekejangan kaki,” katanya ketika ditemui selepas majlis itu.


Dipetik dari Harian Metro 13/12/12 

Isnin, 26 November 2012

KHASIAT BAWANG PUTIH


Bawang putih atau nama saintifiknya “Allium Sativum” sememangnya terkenal dalam dunia perubatan kerana mengandungi pelbagai khasiat. Dalam bahasa Inggeris bawang putih disebut “garlic“. Mengikut rujukan daripada encyclopedia nama “garlic” itu berasal daripada perkataan Anglosaxon “gar-leac” bermaksud pokok lembing. Nama ini sesuai dengan bentuk daun bawang  ’garlic’ yang panjangnya sehingga 15 sentimeter (6 inci).
Daun bawang putih ini tumbuh daripada ubi atau cloves. 7 hingga 8 clove terkumpul menjadi satu ‘bulb’ yang diselaputi oleh kulit yang nipis seolah-olah macam kertas.

Pada hari ini bawang putih dijual di merata-rata kedai dan farmasi dalam bentuk kapsul. Kajian sains telah menunjukkan bahawa bawang putih mempunyai dua fungsi penting. Pertama, sebagai makanan dan kedua sebagai penawar dan penahan penyakit-penyakit khususnya penyakit jantung dan penyakit jangkitan bakteria, virus mahu pun kulat.

Kajian-kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa bawang putih berkemampuan melawan lebih banyak jenis bakteria; virus dan kulat daripada antibiotik sungguhpun tindakannya tidak sekuat antibiotik. Bawang putih boleh dimakan dalam bentuk kapsul untuk jangkitan mulut, kerongkong, batuk, selesema, bronchitis, cirit-birit, jangkitan kulit dan jangkitan air kencing. Bagi mendapat manfaat yang terbaik, bawang putih mestilah dimakan sebagai salah satu daripada tindakan yang bersepadu; penjagaan kesihatan diri seperti latihan jasmani serta pemakanan yang seimbang.

Apakah yang ada di dalam bawang putih hingga membolehkan ia menjadi penawar yang begitu mujarab? Ahli sains telah dapat mengesan bahawa bawang putih mengandungi sulfur sejenis kimia dalam bentuk yang natural yang boleh melawan bakteria, kulat dan virus.

Bawang putih juga mengandungi sejenis bahan yang diberi nama “Allicin”. Allicin inilah yang memberi bau pada bawang putih yang tentu sekali semua telah mengenalinya. Bau ini hanya keluar apabila bawang putih dipecah atau ditumbuk. Allicin juga yang mengeluarkan bau bawang putih kerana Allicin akan menjadi beberapa campuran yang bercampur dengan sulfur menjadi sulphide.

Oleh itu, elok sekali kita mengamalkan makan bawang putih sebagai ulam atau digunakan untuk memasak sayur. Kadangkala ada juga sesetengah orang yang membakar bawang putih dan memakannya seperti makanan-makanan lain. Penulis sendiri suka melebihkan penggunaan bawang putih dalam masakan terutama dalam masakan sayur-sayuran.

Jumaat, 23 November 2012

TIPS SOLEKAN : PEMAKAIAN FOUNDATION

Bercakap mengenai foundation, kali ini kita akan membincangkan tentang pemakaian foundation secara betul dan berkesan. 
Foundation merpakan asas utama dalam seni solekan. Seprti semua sedia maklum, penggunaan foundation secara betul dan teratur akan menjadikan wajah kita
lebih sempurna.Setelah foundation disapu, wajah kita akan berubah menjadi selembar kanvas yang halus serta mulus yang sedia untuk dicorakkan.

Foundation terbahagi kepada beberapa jenis iaitu yang berunsur cecair (liquid), krim, stik (stick), mousse dan beberapa jenis yang lain. 
Jenis foundation yang akan diguna bergantung kepada kondisi kulit anda sendiri. 
Namun ada sesetengah antara kita semua membeli foundation setelah menonton iklan di TV ataupun terpengaruh kepada kata-kata jurujual. 
Harus diingat, jenis foundation bergantung kepada kesesuai kulit kita dan juga kondisi kulit itu sendiri.

Apabila anda membeli foundation untuk wajah anda, anda perlu mengenal pasti dahulu jenis serta kecenderungan kulit anda. 
Jika anda berkulit kering, pilihlah foundation berunsur krim atau stick. Foundation berunsur cecair amat sesuai kepada kulit normal serta berminyak. 
Namun sila pastikan anda memilih foundation yang bahan pembuatannya berunsur air. 
Bagi kulit yang cenderung berminyak, foundation yang berunsur mousse lebih sesuai kerana ia terdiri daripada bahan bebas minyak dan matte finished.

Selain itu, anda perlu menitikberatkan warna foundation apabila membeli foundation untuk wajah anda. 
Sebagi tips, kulit yang cerah, pilihlah foundation yang bertone light. 
Tone warna medium sangat sesuai pada yang berkulit sawo matang manakala yang berwajah cenderung kepada gelap, sila pilih warna dari kumpulan tone deep. 
Jika anda mahu selamat, pilih warna natural supaya wajah anda tidak kelihatan seperti tepung gomak semasa bersolek. 
Pada kaum lelaki pula, warna natural adalah yang paling sesuai kerana warna ini mampu mengelakkan anda daripada kelihatan seperti memakai topeng.

Tips memilih warna yang sesuai bagi anda ialah dengan menyapu sedikit foundation yang mahu dibeli di bahagian rahang anda sendiri. 
Kerap kali kita mencuba foundation di pergelangan tangan. Awas, kulit wajah masih kulit wajah, tidak akan sama dengan kulit tangan! 
Setelah menyapu foundation pada rahang, perhatikan! Jika warna yang disapukan kelihatan seakan-akan dengan warna asli kulit, nah.. 
Itulah warna yang palindg sesuai untuk anda. Mudah bukan?

Apabila mengaplikasi foundation, pastikan anda menyapu seluruh wajah anda dengan foundation secara merata dan tidak bercapuk-capuk. 
Gunakan span yang sesuai apabila menyapu foundation. Berus khas yang dikenali sebagai foundation brush juga bagus digunakan. 
Jika anda menggunakan foundation blending brush untuk meratakan foundation yang telah disapu, kesannya lebih bagus serta kompleksi wajah juga terserlah. 
Tak percaya cubalah.

Berbincang mengenai jenama foundation yang ada di pasaran kini, terlalu banyak jenama yang mengeluarkan foundation, yang paling kita ketahui ialah MAC bukan? 
Tetapi anda juga perlu tahu terdapat ratusan jenama yang ada dalam pasaran dewasa ini. Jenama seperti, Kryolan, Benefit, Stage, Bobbi Brown dan beberapa 
jenama yang gah lain turut mendapat perhatian para jurusolek serta pencinta solekan. Namun, harga satu-satu foundation keluaran jenama di atas agak tinggi.. Tetapi, bagi anda yang budget sederhana, jangan risau, jenama seperti Maybelline, Revlon, Sari Ayu, Mustika Ratu, Elianto juga bagus serta harganya sungguh berpatutan dan mampu dimiliki! Kualitinya juga tidak kurang hebat.

Berikut adalah antara jenama serta jenis foundation yang terdapat di pasaran yang menjadi pilihan Kami!


Jenama: Kryolan
Jenis: Stick
Harga: RM90++
Kepuasan Penggunaan : 95%
Kesesuaian pada Perempuan : 50%
Kesesuaian pada Lelaki : 50%

Jenama: Benefit
Jenis: Stick
Harga: RM120++
Kepuasan Penggunaan : 90%
Kesesuaian pada Perempuan : 50%
Kesesuaian pada Lelaki : 50%


Jenama: Maybelline
Jenis: Mousse
Harga: RM30++
Kepuasan Penggunaan : 80%
Kesesuaian pada Perempuan : 50%
Kesesuaian pada Lelaki : 50%


Jenama: MAC
Jenis: Stick
Harga: RM120++
Kepuasan Penggunaan : 95%
Kesesuaian pada Perempuan : 50%
Kesesuaian pada Lelaki : 50%


Jenama: MAC
Jenis: Liquid
Harga: RM120++
Kepuasan Penggunaan : 95%
Kesesuaian pada Perempuan : 50%
Kesesuaian pada Lelaki : 50%

Khamis, 22 November 2012

TIPS SOLEKAN TAHAN LAMA



Sebelum mekap, pastikan muka kita bersih & dicuci sempurna, pakai Freshner, pakai pelembab. 
Biarkan pelembab kering dlm 2 minit. sebelum pakai Foundation kita basahkan span @ berus foundation agar lembab. 
Ratakan Foundation dgn span dgn cara (tekap2 @ dap-dap jer) pada muka dan pastikan fondation sekata. 
kemudian amik loose powder & gunakan berus besar dan ratakan powder menggunakan berus besar . 
Bagi mereka yang kulit berminyak, loose powder mmg sgt2 sesuai utk mereka kerana loose powder dpt menyerap minyak 
lebihan pada kulit wajah mereka. 

..Selamat Mencuba..

PETUA MENAIKAN SERI MuKA SELEPAS BERSALIN


Ibu-ibu selepas melahirkan anak biasanya berwajah pucat dan lesu. Untuk menaikkan kembali seri wajah, cubalah mana-mana petua di bawah.

Petua 1:

Ambil beberapa tangkai daun inai, besihkan dan rebus. Minum airnya tiga kali seminggu. Seelok-eloknya pada waktu pagi dan malam.

Petua 2:

Ambil secawan beras, bersihkan dan kisar separuh halus. Kemudian ambil sebuku kunyit hidup, kikis kulitnya, basuh dan parut atau kisar. Satukan beras kisar dan kunyit tadi dengan air suam untuk dijadikan bedak sejuk yang pekat. Cuci muka anda dengan air bersih setiap hari dan kemudian sapukan bedak sejuk itu ke muka perlahan-lahan. Gosokkan juga bedak ke bahagian leher dan biarkan kering sendiri. Amalkan selama
tiga malam berturut-turut, Insya Allah berhasil menaikkan kembali seri wajah anda.

Petua 3:

Ambil segenggam daun inai dan tumbuk hingga halus. Selepas itu gentel kecil-kecil seperti kepala mancis dan masukkan ke dalam peti sejuk. Bila sejuk, makanlah sebiji sehari selepas sarapan.Amalkan sehingga nampak keberkesanannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sponser

iklan vip iklan vip