Selamat Datang Ke Butik Pengantin Naynis

Di sini menyediakan perkhidmatan lengkap perkahwinan dan juga perkhidmatan Perancang Perkahwinan serta katering. Dengan pengalaman yang luas dalam bidang ini, InsyaAllah kami dapat merealisasikan impian bakal raja sehari.

spot.com/-K0SfanB

Koleksi Pelamin Butik Pengantin Naynis

Pelamin di naynis adalah berkonsepkan moden dan simple. Koleksi pelamin adalah terdiri daripada pelamin dewan dan pelamin rumah. Dari segi hiasan pelamin, pengantin boleh menentukan tema yang dikehendaki. Untuk hiasan bunga, butik pengantin Naynis menggunakan artificial (high quality) flower dan juga fresh flower.

Koleksi Pakaian Pengantin Naynis

Gambar koleksi kami akan di update dari semasa ke semasa. Untuk koleksi terkini, sila ke Galleri atau www.facebook.com/naynisbutikpengantin

Hasil Make UP Dari Kami

Di Sini Kami Menggunakan Foundation Kryolan Dan Tahan Selama 8 Jam.

Gubahan Hantaran

Kami Juga Merekabentuk Gubahan Hantaran Untuk Tempahan.

Iklan

iklan vip iklan vip

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Memaparkan catatan dengan label petua nenek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label petua nenek. Papar semua catatan

Isnin, 13 Mei 2013

Tips Solekan Natural Dan Segar


1. Persediaan Kulit Wajah
Pertama bersihkan kulit wajah menggunakan pembersih yang lembut. Di ikuti dengan penyegar yang tidak mengandungi alkohol. Alkohol hanya akan menjadikan kulit kering,malah ia tidak sesuai untuk kuit wajah, ia hanya akan menyebabkan kulit mengelupas. Sapukan pelembab untuk mencegah kulit kering.

2. Cerahkan Wajah
Yang anda cari ialah kulit bersinar dari dalam, bukannya berkilat dan berminyak. Untuk kesan begini sapukan "highlighter" di atas tulang pipi, tulang alis dan bahagian tengah hidung sebelum menyapu bedak.

3. Periksa Cela Wajah.
Concealer berfungsi untuk menutup cela pada wajah, tetapi jika terlalu tebal dan banyak sangat, ianya akan membuatkan makeup kelihatan seperti topeng. Cara terbaik ialah sapukan "Concealer" secara tipis di tempat ternoda sebelum menggunakan alas bedak.

4. Pilih Bedak Yang Tepat
Jika kulit berminyak, pilihlah bedak tabur yang "Transculent" untuk mencegah kulit semakin berminyak. Sapukan secara merata, lebih-lebih lagi di sekitar mata dan mulut. Sapukan bedak dengan menggunakan span besar.

5. Bermain Mata
Tampil dengan makeup tipis bukan bererti wajah anda kelihatan pucat. Naikkan eri wajah dengan memilih wajah kontra pada gincu bibir. Pilihlah warna yan glembut seperti merah jambu (pink) cerah. Untuk mata sebaiknya pilih jenis "Matte". Hindari pembayang mata "Glossy"

Khamis, 9 Mei 2013

Tip Solekan Yang Perlu Anda Tahu


Confidence is everything but a little make up wont hurt” Kami setuju dengan Bobbi Brown. Sedikit solekan penting untuk memberikan first impression yang impressive kepada anda! Bagi mereka yang baru sahaja mahu mula bersolek, di sini kami ada beberapa tip yang berguna untuk anda.
1. Sekiranya anda menyapu pemerah pipi, pastikan anda melakukannya sebelum anda menyapu bedak pada wajah ini. Ini boleh membuatkan solekan tampak lebih semula jadi.

2. Untuk mendapatkan hasil yang maksimum ketika anda membentuk bulu mata anda, gunakan pengering rambut untuk memanaskan pelentik bulu mata anda. Ia akan membuatkan bulu mata tampak lebih lentik dan tahan lebih lama.

3. Tidak kira bedak asas anda di dalam bentuk cecair atau serbuk, pastikan anda memilih berus dan bukan span. Penggunaan berus akan membuatkan sapuan lebih rata dan tidak bertompok.
makeup madness 0 Tip Solekan yang Perlu Anda Tahu
4. Lembapkan span atau berus anda sebelum mengaplikasikan pembayang mata untuk mendapatkan warna yang lebih menonjol dan solekan yang lebih tahan lama.

5. Untuk memberikan kemasan matte pada wajah, dab deodoran anda di bahagian T wajah dan bawah mata dengan menggunakan jari.

6. Gunakan maskara sebelum anda mandi kerana air tidak dapat mencuci maskara sepenuhnya dan lebihan maskara yang tertinggal itu membuatkan solekan bulu mata tampak lebih semula jadi.

7. Sebelum menyapu bedak asas pada wajah, berdiri lima belas saat di hadapan peti sejuk anda. Ini dapat mengetatkan pori sekali gus mengelakkan bahan yang berbahaya di dalam alat solek terperangkap di dalam pori.

Tip Pemilihan Pakaian Dalam


Terus terang saya katakan, saya berasa agak malu kerana saya sehingga kini masih tidak mahir memilih seluar dalam dan bra sendiri kerana sebelum ini ibu yang sentiasa membelinya untuk saya. Pertama kali membeli, saya tidak mencuba terlebih dulu dan akhirnya saya hanya pakai sekali sahaja kerana tidak gemar dengan bentuk mangkuknya. Untuk anda yang mengalami situasi seperti saya, di sini saya menyenaraikan beberapa tip untuk kita praktikkan bersama.
Shopping Tip Pemilihan Pakaian Dalam
Tip Ketika Mencubanya
Jangan sesekali anda membeli bra tanpa mencubanya terlebih dahulu. Nilai keselesaannya dan sarungkan semula baju anda selepas mencubanya. Sekiranya bentuk payudara terletak dan nampak cantik, that’s the perfect bra for you.
Kenali Bentuk Payudara Anda
Sekiranya anda mempunyai saiz payudara yang besar, dawai di dalam mangkuk bra anda adalah sangat penting. Untuk mengelakkan payudara anda  mengendur selari  peningkatan usia, jangan sesekali membeli atau memakai bra tanpa dawai. Bra berdawai bukan sahaja boleh menampung payudara anda malah ia boleh memberikan bentuk yang lebih penuh dan sempurna kepadanya.
Push-up Bra
Sekiranya anda mempunyai saiz payudara yang bermangkuk C atau D, janganlah mengenakan bra push up atau bra yang mempunyai padding. Ia akan membuatkan saiz payudara akan menjadi terlebih besar dan memberikan bentuk yang pelik kepadanya. Push-up bra sesuai untuk mereka yang mempunyai saiz payudara  sederhana untuk menambahkan saiz cup dan memberi bentuk yang penuh kepada payudara.
G-String
Bukan semua gemar mengenakan g-string kerana ada yang merasakan ia tidak selesa untuk dikenakan. Jangan membazir dengan membeli terlalu banyak g-string, mulakan dengan membeli sehelai sewaktu jualan murah. Sekiranya anda rasa selesa mengenakannya, barulah anda beli lagi mengikut keperluan. Dinasihatkan untuk g-string, janganlah anda membeli yang terlalu murah kerana fabriknya yang rendah kualiti mungkin akan merengsakan bahagian sulit anda.
Seamless
Oleh kerana garisan seluar dalam anda akan mencacatkan gaya sekiranya anda mengenakan  pakaian yang ketat, setiap wanita harus memiliki seluar dalam seamless. Bukan itu sahaja, anda perlu mengelakkan lace bra ketika mengenakan pakaian yang ketat kerana tekstur fabriknya akan jelas kelihatan di permukaan baju anda.

Lelaki Juga Perlu Jaga Muka


Laneige Homme 1 Lelaki Juga Perlu Jaga Muka
Menjaga kulit muka lelaki sama penting sebagaimana perempuan memelihara kulit mereka. Hari ini pelbagai jenama tampil dengan himpunan khusus buat lelaki. Tidak hanya produk asas, rangkaian ini juga dipanjangkan dengan pengenalan produk penjagaan khusus buat mata, anti penuaan dan pencerahan.
Laneige Homme 2 Lelaki Juga Perlu Jaga MukaTerbaru, Laneige memperkenalkan produk penjagaan wajah buat jejaka. Mentega mangga yang melembap, buih-buih mikro serta minyak biji bunga matahari dan minyak zaitun antara rahsia kehebatan Laneige Homme Active Water Cleansing Foam ini. Tidak hanya bertindak melembapkan kulit wajah ia juga menyuntik kesegaran dengan pantas. Milikinya pada harga RM65 (150ml). Cuci wajah sekurang-kurangnya dua kali sehari, dan seeloknya usah terlalu lama kerana mencuci wajah terlalu lama akan membuatkan kulit menjadi kering.

Madu Asli Untuk Cantik


Madu telah digunakan berkurun-kurun lamanya untuk kecantikan. Mungkin ia menjadi sebutan dalam dunia kecantikan wanita kerana Cleopatra menggunakannya setiap hari dengan mencampurkannya dengan susu sebagai air mandian. Madu terbukti bukan sahaja bagus untuk kulit, tetapi untuk rambut dan bahagian dalaman wanita.
MP900316870 Madu Asli Untuk Cantik
Madu untuk kulit cantik
Kandungan asid glukonik di dalam madu boleh mengekalkan awet muda kulit anda. Madu digunakan ketika rawatan muka untuk menanggalkan kulit-kulit mati turut mampu meningkatkan keanjalan, mengimbangi kulit berminyak, merangsang pengeluaran kolagen dan mengurangkan kedutan. Madu juga merupakan antioksidan yang baik dan mampu untuk mengecilkan pori. Pukul sahaja putih telur bersama madu asli untuk dijadikan pupur wajah dan gunakannya dua kali seminggu.
Madu untuk rambut cantik
Madu turut digunakan secara turun-temurun sebagai pelembap rambut semula jadi. Ia turut mampu menjadikan rambut anda bersinar-sinar. Caranya mudah sahaja hanya dengan mencampurkan satu sudu madu asli, sider epal dengan air suam dan bilas rambut anda dengan campuran tersebut setelah mencuci rambut. Biarkan selama satu jam dan bilas dengan lembut. Lakukan seminggu sekali untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Madu bantu cantik dari dalam
Madu membantu anda untuk menjadi lebih sihat serta turut digunakan sebagai penawar penyakit. Madu dikatakan boleh merawat penyakit diabetes dan menghalang osteoporosis. Ia turut melambatkan menopaus, merawat penyakit rabun jauh, membantu penghadaman dan mengubati cirit birit. Bagi anda yang mahu menurunkan berat badan, ambillah madu sekali atau dua kali sehari kerana ia mampu mengurangkan berat badan dan kolesterol. Tetapi, gunakan sudu plastik ketika mengambilnya kerana sudu besi dikatakan akan menghilangkan khasiatnya.
Hati-hati dengan madu tiruan
Madu yang berkhasiat hanyalah madu yang asli. Di Malaysia hanya 23 peratus daripada madu yang terjual adalah madu yang dihasilkan daripada nektar lebah. Selebihnya adalah madu yang diperbuat daripada tebu ataupun madu campuran. Anda perlu tahu membezakan di antara madu palsu dan madu yang asli. Caranya mudah sahaja, masukkan sedikit madu ke dalam peti beku dan sekiranya madu itu tidak membeku, ia adalah madu asli. Anda tidak perlu risau untuk membiarkan madu di atas meja makan kerana sekiranya ia asli, semut tidak akan ‘berminat’ dengannya.

Kebaikan Lemon Untuk Kecantikan


Secara turun temurun, buah lemon sememangnya terkenal dengan khasiatnya untuk kesihatan dan juga kecantikan. EH! senaraikan beberapa sebab mengapa anda perlu jadikan buah lemon sebagai ‘kawan baik’ anda untuk menjaga kecantikan dari hujung rambut ke hujung kaki.
MP900423110 Kebaikan Lemon Untuk Kecantikan
Rawatan Kulit Berjerawat
Lemon mengandungi asid sitrik yang mampu merawat jerawat dan kandungan alkalinya mampu membunuh sesetengah bakteria yang menjadi punca jerawat. Selain daripada meminum jus lemon setiap pagi, anda boleh sapukan jus lemon sebenar pada kulit yang berjerawat dan tinggalkan semalaman. Untuk masker, anda boleh campurkan jus lemon dengan madu dan lumurkan pada kulit muka. Rawatan kulit muka dengan lemon mampu mengekalkan seri wajah.

Kuku Kuat dan Tangan Cantik
Untuk mendapatkan kuku yang kuat dan bersinar, rendam jari anda di dalam jus lemon selama 10 minit. Selepas itu, berus kuku anda dan rendamkan semula di dalam air suam yang dicampurkan dengan sedikit cuka. Setelah itu, bilas jari anda dengan air suam. Lakukan seminggu sekali untuk melihat kesannya.

Menghilangkan Kehitaman Ketiak dan Siku
Lemon merupakan ekstrak yang selalu digunakan untuk produk pemutihan. Ia secara semula jadi digunakan sebagai ‘peluntur’ sejak turun temurun. Sekiranya anda ada masalah ketiak dan siku yang gelap, potong lemon dan gosokkan pada kawasan yang gelap itu. Lakukannya secara konsisten untuk melihat hasilnya.
Menurunkan Berat Badan
Jus lemon membantu penghadaman dan merangsang hati untuk menyingkir kekotoran di dalam sistem badan anda. Ini boleh membantu anda mengurangkan berat badan. Minum segelas jus lemon suam yang dicampurkan dengan madu setiap hari dan jadikannya amalan sekiranya anda mahu mengurangkan berat badan.
Masalah Rambut Nipis dan Berkelemumur
Menyapu dan mengurut jus lemon ke atas kepala anda mampu melancarkan peredaran darah untuk merangsang pertumbuhan rambut. Bukan itu sahaja, sekiranya anda membiarkan jus lemon di atas kulit kepala selama 10 minit selepas mencuci rambut, ia mampu mengurangkan kelemumur dan menjadikan rambut anda lebih bersinar.

Ahad, 14 April 2013

TIPS MERAMPINGKAN BADAN!!


1. Tubuh kita memerlukan 40 nutrien bagi menjamin kesihatan secara maksimum. Oleh itu, kita digalakkan mengambil makanan yang kaya dengan nutrien.

2. Ambil buah-buahan dan sayur-sayuran secukupnya bagi mengekalkan sumber tenaga. Usah terikat dengan sesetengah jenis buah atau sayur bahkan jika boleh pelbagaikan.

3. Pengambilan bijirin boleh memberikan impak besar terhadap diet harian. Berat badan pasti terkawal jika anda mengambil roti dan biskut.

4. Jangan sesekali mengelakkan diri daripada mengambil ayam dan daging kerana ia membekalkan protein. Namun, sebelum itu, pastikan kulitnya dibuang terlebih dahulu.

5. Anda boleh makan pelbagai jenis makanan tetapi pastikan cara masakannya betul. Untuk itu, apa kata masak dengan cara memanggang, membakar atau mengukus.

6. Pengambilan makanan berkalori tinggi dengan jumlah sederhana amatlah digalakkan namun pastikan ia diseimbangkan dengan pengambilan nutrien.

7. Jangan sesekali menidakkan pengambilan susu dalam diet harian. Anda disaran meminum sekurang-kurangnya dua cawan susu tanpa lemak. Alternatif lain, anda boleh menggantikannya dengan yogurt atau keju.

8. Hadkan pengambilan lemak dalam makanan yang dimasak. Begitu juga dengan minyak, penggunaannya dibenarkan tapi hanya dalam kuantiti sedikit.

9. Tidak salah jika sesekali mahu menjamah snek tapi pilihlah yang rendah lemak. Antara yang boleh dipilih ialah sandwich, bertih jagung atau pun popia basah.

10. Tiada masalah jika sesekali mahu makan di luar. Apa yang boleh dilakukan ialah meminta hidangan dalam saiz kecil.

**SELAMAT MENCUBA**

Ciri-Ciri Wanita Yang Membuat Lelaki Cair.

Keibuan

Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.

Keanak-anakkan

Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

Menghargai

Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

Pandai berbicara

Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topic kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.

Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

Simpati dan Prihatin

Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.

Takwa dan Kelembutan

Sifat ini menjadi penyuluh membezakan antara wanita islam dengan wanita bukan islam. Sifat takwa merangkumi takut, taat dan patuh serta tunduk dengan kekuasaan dan ketetapan hukum Tuhan pada dirinya. Maksud takwa luas dan ia adalah akar tunjang akidah muslim. Ia juga menjadi daya penarik lelaki bagi mememilih pasangan yang terbaik untuknya.

Pendamai

Sedia menerima kebenaran daripada sesiapa sahaja yang memberi teguran adalah satu sifat yang menjadikan lelaki cenderung pada wanita. Pendamai ialah sifat suka menghubungkan silaturrahim, cuba menjauhkan perpecahan dalam hubungan sesama saudara dan berusaha menghubungkannya supaya lebih erat.

Beragama

Antara yang terbaik bagi wanita islam adalah pengetahuan yang mendalam dalam agamanya. Oleh itu, Islam mewajibkan wanita menuntut ilmu sebagaimana diwajibkan ke atas lelaki. Sifat ini menjadikan lelaki merasa selamat ke atas lelaki. Sifat ini menjadikan lelaki berasa selamat apabila meninggalkan pasangannya untuk satu tempoh kerana tuntutan tugas atau seumpamanya.

Berkemahiran

Sebahagian kita menganggap memasak sebagai kemahiran yang remeh dan tidak dipandang lelaki. Namun ia boleh dijadikan satu bonus bagi menjadikan lelaki cenderung bagi mengenali wanita. Memasak mempunyai nilai yang tersendiri. Bukan kerana kesedapan semata-mata tetapi ia mempunyai kuasa mengikat lelaki untuk berada di rumah selepas berumah tangga.

Berterus Terang

Berterus terang menjadikan lelaki mudah menerima tanpa memikirkan sesuatu dengan begitu mendalam. Lelaki amat kompleks daripada sudut pemikiran. Justeru, perkara yang kecil jangan dirumitkan dengan kata-kata tersirat kerana lelaki mudah menolak perkara begitu sehingga perkara lain yang difikirkan lebih dahulu selesai


Sabtu, 9 Mac 2013

KESIHATAN: 7 LANGKAH MEMASTIKAN MATA SENTIASA SIHAT


Hari ini sekadar nak berkongsi 7 tips ringkas untuk memastikan mata kita sentiasa sihat. Dalam kehidupan seharian kita yang serba sibuk ini, penjagaan kesihatan merupakan benda yang amat penting untuk diri kita dan keluarga kita. Kurniaan yang tidak dapat dijual beli ini sangatlah berharga dan perlulah kita menjaganya supaya ia kekal dapat digunakan oleh diri kita seumur hidup insyaALLAH. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh kita ikuti untuk memastikan mata kita sentiasa sihat.
Periksa mata anda setiap 12 bulan atau awal
Jika kita menggunakan kanta lekap atau cermin mata yang sudah tidak sesuai dengan kadar penglihatan kita, kita akan menyebabkan kekaburan mata kita semakin teruk dan ada sesetengah orang yang akan menghadapi sakit kepala disebabkan perkara ini.
Gunakan lensa yang terbaik
Terdapat terlalu banyak lensa di pasaran, tetapi bukan semua lensa adalah sama. Terdapat kualiti yang berbeza-beza. Disebabkan itu, pilihlah kualiti lensa yang baik, kerana ini akan mengelakkan daripada lensa tersebut merosakkan mata kita. Lensa yang tidak baik akan menyebabkan mata kita semakin rosak sepanjang masa kita menggunakan lensa tersebut.
Buat rujukan dan cari sebarang reviu mengenai lensa tersebut sebelum membuat pembelian di mana-mana pusat optometris pilihan anda.
Gunakan cermin mata anti UV
Di dalam keadaan cuaca di Malaysia ini yang panas sepanjang tahun, kita perlu mengambil berat juga mengenai cahaya UV yang terpancar sepanjang hari. Oleh yang demikian, disarankan untuk kita memakai cermin mata gelap (sunglasses) yang baik, yang melindungi kita daripada cahaya UV ini. Seeloknya kita elakkan daripada membeli cermin mata gelap yang murah di pasar-pasar malam atau tempat yang seumpamanya, kerana kebanyakan cermin mata ini tidak menapis cahaya UV, sekali gus menyebabkan kita tidak melindungi mata kita daripada pancaran sinar UV.
Terdapat juga cermin mata yang dapat menapis cahaya UV yang tidak terlalu mahal, kalau anda rajin mencari, pasti akan menjumpainya. Namun jika anda mempunyai kemampuan untuk membeli cermin mata yang mempunyai kualiti yang bagus, sebaik-baiknya anda membeli cermin mata tersebut.
Jaga apa yang anda makan
Tiada makanan yang akan menyebabkan mata anda rosak secara langsung, dan jika anda mengambil vitamin dan mineral yang betul, ianya akan membantu anda untuk menjaga kesihatan mata anda. Vitamins C, A and E, asid folik, selenium and zink sememangnya akan memberi faedah kepada kesihatan mata anda. Terdapat banyak lagi vitamin lain yang akan membantu secara tidak langsung terhadap kesihatan mata anda. Selepas ini jadikan lobak merah sebagai salah satu menu makanan anda. :)
Pencahayaan yang secukupnya semasa membaca atau menggunakan komputer
Semasa anda membaca atau sedang menggunakan komputer, pastikan pencahayaan dikawasan pembacaan anda alah cukup supaya mata anda tidak cepat penat dan letih. Jika cahaya yang digunakan terlalu terang, ianya akan menyebabkan mata kita rosak. Seelok-eloknya kita pastikan pencahayaan kita adalah cukup terang tetapi tidak menyebabkan mata kita tidak selesa.
Rehatkan mata anda
Dalam dunia sekarang ini, kebanyakan kerja yang kita lakukan menggunakan komputer dan disebabkan itu, kita akan berkelip 25% kurang daripada biasa. Ini menyebabkan mata kita akan cepat kering. Memang kita akan berkata, kalau macam tu, aku akan berkelip lebih banyak aa. Tapi kita tidak dapat mengawal refleks secara semulajadi ini. Justeru itu, pejamkan mata anda dan kira sehingga 5, lakukan perkara ini dari masa ke semasa.
Satu lagi cara adalah dengan mengalihkan pandangan dari skrin anda dan lihat objek yang berada jauh dari anda. Jika anda mempunyai tingkap yang mempunyai permandangan yang hijau, lihat sejauh mata mampu memandang, ini akan membantu anda merehatkan mata anda.
Jaga kanta lekap anda
Jika anda pengguna kanta lekap, pastikan anda menjaga sebaik-baiknya. Sentiasa bilas kanta lekap anda apabila anda memasang atau menanggalkan kanta lekap anda. Pastikan juga anda menukar cecair kanta lekap anda di dalam bekas yang anda guna untuk menyimpan kanta lekap anda semasa anda tidur. Pastikan kuku kita tidak terlalu tajam, kerana ianya akan merosakkan kanta lekap jika kita tidak berhati-hati, dan menyebabkan penglihatan kita tidak selesa.

Semoga tips-tips ini akan membantu kita dalam penjagaan mata kita dalam kehidupan seharian.

8 Petua Mudah Kuruskan Badan & Kempiskan Perut

 Petua Mudah Kuruskan Badan & Kempiskan Perut
Ramai antara kita yang sanggup berhabis ratusan mahupun puluhan ribu ringgit semata-mata untuk kuruskan badan untuk kelihatan langsing dan menawan. Keghairahan untuk tampil dengan bentuk menawan, anggun dan bergaya hampir menyebabkan kita gagal untuk mengawal perbelanjaan kita. Ramai juga yang akhirnya kecewa selepas berhabisan ribuan ringgit namun hasilnya tidak memuaskan hati.
Kekecewaan ini mungkin boleh diatasi sekiranya kita mengetahui tips atau petua untuk kuruskan badan. Ayuh kita cuba 8 tips mudah kuruskan badan ini. Moga ada manfaatnya hasil perkongsian artikel ini.
1. Elakkan makanan ringan – Jauhkan diri daripada makanan ringan mahupun segera terutamanya makanan bertepung atau mempunyai kandungan gula yang tinggi. Yang penting ialah mengawal keseimbangan jumlah kalori yang diperlukan oleh badan dengan cara makan lebih kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit.
2. Hadkan makanan tinggi karbohidrat – Elakkan terlebih makan nasi, kentang, ubi dsb. Namun, jangan langsung tinggalkan makanan karbohidrat kerana badan kita masih perlukannya sebagai sumber tenaga.
3. Kurangkan sumber protein – Cuba kurangkan makanan tinggi protein seperti ikan, tauhu, tempe dan daging. Elok juga dipelbagaikan sumber protein untuk badan kita.

Dapatkan Panduan Kuruskan Badan & Kempiskan Perut dengan Cepat dan Berkesan!

4. Pilih menu makanan yang betul – Pastikan menu makanan kita pelbagai. Masukkan sayuran dan buah-buahan kerana ia cepat mengenyangkan kita.

5. Makan banyak buah – Amalkan makan buah-buahan sebelum makan terutamanya buah-buahan seperti epak, betik, belimbing dsb.

6. Kurangkan buah manis – Cuba kurangkan makan buah-buahan yang tinggi kadar fruktosanya seperti pisang, tembikai, anggur dan mangga. Fruktosa yang tinggi akan bertukar menjadi glukosa dalam darah.
7. Banyakkan minum – Latih diri untuk perbanyakkan minum air putih. Lebih penting untuk kurangkan atau jauhkan diri dari minuman soda atau bergas.
8. Bersenam – Semua tips di atas untuk kuruskan badan akan lebih berkesan ataupun hanya berkesan dengan hanya kita meluangkan 30 minit hingga 1 jam untuk melakukan senaman ringan. Berjalan sekitar taman perumahan ataupun menaiki tangga juga cara terbaik untuk melakukan senaman mudah.

Inilah tips dan petua ringkas untuk kuruskan badan. Usaha yang gigih dan konsisten amatlah perlu untuk berjaya dalam misi kita untuk mengempiskan perut. Moga ada kebaikan daripada perkongsia artikel ini.
Saya sarankan jika benar-benar ingin berjaya untuk kuruskan badan, bolehlah cuba untuk mendapatkan nasihat daripada pakar yang terbukti berjaya mengurangkan berat badan 5kg dalam 5 minggu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sponser

iklan vip iklan vip