Selamat Datang Ke Butik Pengantin Naynis

Di sini menyediakan perkhidmatan lengkap perkahwinan dan juga perkhidmatan Perancang Perkahwinan serta katering. Dengan pengalaman yang luas dalam bidang ini, InsyaAllah kami dapat merealisasikan impian bakal raja sehari.

spot.com/-K0SfanB

Koleksi Pelamin Butik Pengantin Naynis

Pelamin di naynis adalah berkonsepkan moden dan simple. Koleksi pelamin adalah terdiri daripada pelamin dewan dan pelamin rumah. Dari segi hiasan pelamin, pengantin boleh menentukan tema yang dikehendaki. Untuk hiasan bunga, butik pengantin Naynis menggunakan artificial (high quality) flower dan juga fresh flower.

Koleksi Pakaian Pengantin Naynis

Gambar koleksi kami akan di update dari semasa ke semasa. Untuk koleksi terkini, sila ke Galleri atau www.facebook.com/naynisbutikpengantin

Hasil Make UP Dari Kami

Di Sini Kami Menggunakan Foundation Kryolan Dan Tahan Selama 8 Jam.

Gubahan Hantaran

Kami Juga Merekabentuk Gubahan Hantaran Untuk Tempahan.

Iklan

iklan vip iklan vip

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khamis, 9 Mei 2013

Madu Asli Untuk Cantik


Madu telah digunakan berkurun-kurun lamanya untuk kecantikan. Mungkin ia menjadi sebutan dalam dunia kecantikan wanita kerana Cleopatra menggunakannya setiap hari dengan mencampurkannya dengan susu sebagai air mandian. Madu terbukti bukan sahaja bagus untuk kulit, tetapi untuk rambut dan bahagian dalaman wanita.
MP900316870 Madu Asli Untuk Cantik
Madu untuk kulit cantik
Kandungan asid glukonik di dalam madu boleh mengekalkan awet muda kulit anda. Madu digunakan ketika rawatan muka untuk menanggalkan kulit-kulit mati turut mampu meningkatkan keanjalan, mengimbangi kulit berminyak, merangsang pengeluaran kolagen dan mengurangkan kedutan. Madu juga merupakan antioksidan yang baik dan mampu untuk mengecilkan pori. Pukul sahaja putih telur bersama madu asli untuk dijadikan pupur wajah dan gunakannya dua kali seminggu.
Madu untuk rambut cantik
Madu turut digunakan secara turun-temurun sebagai pelembap rambut semula jadi. Ia turut mampu menjadikan rambut anda bersinar-sinar. Caranya mudah sahaja hanya dengan mencampurkan satu sudu madu asli, sider epal dengan air suam dan bilas rambut anda dengan campuran tersebut setelah mencuci rambut. Biarkan selama satu jam dan bilas dengan lembut. Lakukan seminggu sekali untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Madu bantu cantik dari dalam
Madu membantu anda untuk menjadi lebih sihat serta turut digunakan sebagai penawar penyakit. Madu dikatakan boleh merawat penyakit diabetes dan menghalang osteoporosis. Ia turut melambatkan menopaus, merawat penyakit rabun jauh, membantu penghadaman dan mengubati cirit birit. Bagi anda yang mahu menurunkan berat badan, ambillah madu sekali atau dua kali sehari kerana ia mampu mengurangkan berat badan dan kolesterol. Tetapi, gunakan sudu plastik ketika mengambilnya kerana sudu besi dikatakan akan menghilangkan khasiatnya.
Hati-hati dengan madu tiruan
Madu yang berkhasiat hanyalah madu yang asli. Di Malaysia hanya 23 peratus daripada madu yang terjual adalah madu yang dihasilkan daripada nektar lebah. Selebihnya adalah madu yang diperbuat daripada tebu ataupun madu campuran. Anda perlu tahu membezakan di antara madu palsu dan madu yang asli. Caranya mudah sahaja, masukkan sedikit madu ke dalam peti beku dan sekiranya madu itu tidak membeku, ia adalah madu asli. Anda tidak perlu risau untuk membiarkan madu di atas meja makan kerana sekiranya ia asli, semut tidak akan ‘berminat’ dengannya.

Kebaikan Lemon Untuk Kecantikan


Secara turun temurun, buah lemon sememangnya terkenal dengan khasiatnya untuk kesihatan dan juga kecantikan. EH! senaraikan beberapa sebab mengapa anda perlu jadikan buah lemon sebagai ‘kawan baik’ anda untuk menjaga kecantikan dari hujung rambut ke hujung kaki.
MP900423110 Kebaikan Lemon Untuk Kecantikan
Rawatan Kulit Berjerawat
Lemon mengandungi asid sitrik yang mampu merawat jerawat dan kandungan alkalinya mampu membunuh sesetengah bakteria yang menjadi punca jerawat. Selain daripada meminum jus lemon setiap pagi, anda boleh sapukan jus lemon sebenar pada kulit yang berjerawat dan tinggalkan semalaman. Untuk masker, anda boleh campurkan jus lemon dengan madu dan lumurkan pada kulit muka. Rawatan kulit muka dengan lemon mampu mengekalkan seri wajah.

Kuku Kuat dan Tangan Cantik
Untuk mendapatkan kuku yang kuat dan bersinar, rendam jari anda di dalam jus lemon selama 10 minit. Selepas itu, berus kuku anda dan rendamkan semula di dalam air suam yang dicampurkan dengan sedikit cuka. Setelah itu, bilas jari anda dengan air suam. Lakukan seminggu sekali untuk melihat kesannya.

Menghilangkan Kehitaman Ketiak dan Siku
Lemon merupakan ekstrak yang selalu digunakan untuk produk pemutihan. Ia secara semula jadi digunakan sebagai ‘peluntur’ sejak turun temurun. Sekiranya anda ada masalah ketiak dan siku yang gelap, potong lemon dan gosokkan pada kawasan yang gelap itu. Lakukannya secara konsisten untuk melihat hasilnya.
Menurunkan Berat Badan
Jus lemon membantu penghadaman dan merangsang hati untuk menyingkir kekotoran di dalam sistem badan anda. Ini boleh membantu anda mengurangkan berat badan. Minum segelas jus lemon suam yang dicampurkan dengan madu setiap hari dan jadikannya amalan sekiranya anda mahu mengurangkan berat badan.
Masalah Rambut Nipis dan Berkelemumur
Menyapu dan mengurut jus lemon ke atas kepala anda mampu melancarkan peredaran darah untuk merangsang pertumbuhan rambut. Bukan itu sahaja, sekiranya anda membiarkan jus lemon di atas kulit kepala selama 10 minit selepas mencuci rambut, ia mampu mengurangkan kelemumur dan menjadikan rambut anda lebih bersinar.

Ahad, 14 April 2013

TIPS MERAMPINGKAN BADAN!!


1. Tubuh kita memerlukan 40 nutrien bagi menjamin kesihatan secara maksimum. Oleh itu, kita digalakkan mengambil makanan yang kaya dengan nutrien.

2. Ambil buah-buahan dan sayur-sayuran secukupnya bagi mengekalkan sumber tenaga. Usah terikat dengan sesetengah jenis buah atau sayur bahkan jika boleh pelbagaikan.

3. Pengambilan bijirin boleh memberikan impak besar terhadap diet harian. Berat badan pasti terkawal jika anda mengambil roti dan biskut.

4. Jangan sesekali mengelakkan diri daripada mengambil ayam dan daging kerana ia membekalkan protein. Namun, sebelum itu, pastikan kulitnya dibuang terlebih dahulu.

5. Anda boleh makan pelbagai jenis makanan tetapi pastikan cara masakannya betul. Untuk itu, apa kata masak dengan cara memanggang, membakar atau mengukus.

6. Pengambilan makanan berkalori tinggi dengan jumlah sederhana amatlah digalakkan namun pastikan ia diseimbangkan dengan pengambilan nutrien.

7. Jangan sesekali menidakkan pengambilan susu dalam diet harian. Anda disaran meminum sekurang-kurangnya dua cawan susu tanpa lemak. Alternatif lain, anda boleh menggantikannya dengan yogurt atau keju.

8. Hadkan pengambilan lemak dalam makanan yang dimasak. Begitu juga dengan minyak, penggunaannya dibenarkan tapi hanya dalam kuantiti sedikit.

9. Tidak salah jika sesekali mahu menjamah snek tapi pilihlah yang rendah lemak. Antara yang boleh dipilih ialah sandwich, bertih jagung atau pun popia basah.

10. Tiada masalah jika sesekali mahu makan di luar. Apa yang boleh dilakukan ialah meminta hidangan dalam saiz kecil.

**SELAMAT MENCUBA**

Ciri-Ciri Wanita Yang Membuat Lelaki Cair.

Keibuan

Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.

Keanak-anakkan

Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

Menghargai

Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

Pandai berbicara

Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topic kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.

Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

Simpati dan Prihatin

Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.

Takwa dan Kelembutan

Sifat ini menjadi penyuluh membezakan antara wanita islam dengan wanita bukan islam. Sifat takwa merangkumi takut, taat dan patuh serta tunduk dengan kekuasaan dan ketetapan hukum Tuhan pada dirinya. Maksud takwa luas dan ia adalah akar tunjang akidah muslim. Ia juga menjadi daya penarik lelaki bagi mememilih pasangan yang terbaik untuknya.

Pendamai

Sedia menerima kebenaran daripada sesiapa sahaja yang memberi teguran adalah satu sifat yang menjadikan lelaki cenderung pada wanita. Pendamai ialah sifat suka menghubungkan silaturrahim, cuba menjauhkan perpecahan dalam hubungan sesama saudara dan berusaha menghubungkannya supaya lebih erat.

Beragama

Antara yang terbaik bagi wanita islam adalah pengetahuan yang mendalam dalam agamanya. Oleh itu, Islam mewajibkan wanita menuntut ilmu sebagaimana diwajibkan ke atas lelaki. Sifat ini menjadikan lelaki merasa selamat ke atas lelaki. Sifat ini menjadikan lelaki berasa selamat apabila meninggalkan pasangannya untuk satu tempoh kerana tuntutan tugas atau seumpamanya.

Berkemahiran

Sebahagian kita menganggap memasak sebagai kemahiran yang remeh dan tidak dipandang lelaki. Namun ia boleh dijadikan satu bonus bagi menjadikan lelaki cenderung bagi mengenali wanita. Memasak mempunyai nilai yang tersendiri. Bukan kerana kesedapan semata-mata tetapi ia mempunyai kuasa mengikat lelaki untuk berada di rumah selepas berumah tangga.

Berterus Terang

Berterus terang menjadikan lelaki mudah menerima tanpa memikirkan sesuatu dengan begitu mendalam. Lelaki amat kompleks daripada sudut pemikiran. Justeru, perkara yang kecil jangan dirumitkan dengan kata-kata tersirat kerana lelaki mudah menolak perkara begitu sehingga perkara lain yang difikirkan lebih dahulu selesai


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sponser

iklan vip iklan vip