
Memaparkan catatan dengan label Info Mekap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info Mekap. Papar semua catatan
Isnin, 13 Mei 2013
Tips Solekan Natural Dan Segar
1. Persediaan Kulit Wajah
Pertama bersihkan kulit wajah menggunakan pembersih yang lembut. Di ikuti dengan penyegar yang tidak mengandungi alkohol. Alkohol hanya akan menjadikan kulit kering,malah ia tidak sesuai untuk kuit wajah, ia hanya akan menyebabkan kulit mengelupas. Sapukan pelembab untuk mencegah kulit kering.
2. Cerahkan Wajah
Yang anda cari ialah kulit bersinar dari dalam, bukannya berkilat dan berminyak. Untuk kesan begini sapukan "highlighter" di atas tulang pipi, tulang alis dan bahagian tengah hidung sebelum menyapu bedak.
3. Periksa Cela Wajah.
Concealer berfungsi untuk menutup cela pada wajah, tetapi jika terlalu tebal dan banyak sangat, ianya akan membuatkan makeup kelihatan seperti topeng. Cara terbaik ialah sapukan "Concealer" secara tipis di tempat ternoda sebelum menggunakan alas bedak.
4. Pilih Bedak Yang Tepat
Jika kulit berminyak, pilihlah bedak tabur yang "Transculent" untuk mencegah kulit semakin berminyak. Sapukan secara merata, lebih-lebih lagi di sekitar mata dan mulut. Sapukan bedak dengan menggunakan span besar.
5. Bermain Mata
Tampil dengan makeup tipis bukan bererti wajah anda kelihatan pucat. Naikkan eri wajah dengan memilih wajah kontra pada gincu bibir. Pilihlah warna yan glembut seperti merah jambu (pink) cerah. Untuk mata sebaiknya pilih jenis "Matte". Hindari pembayang mata "Glossy"
Khamis, 9 Mei 2013
Tip Solekan Yang Perlu Anda Tahu
“Confidence is everything but a little make up wont hurt” Kami setuju dengan Bobbi Brown. Sedikit solekan penting untuk memberikan first impression yang impressive kepada anda! Bagi mereka yang baru sahaja mahu mula bersolek, di sini kami ada beberapa tip yang berguna untuk anda.
1. Sekiranya anda menyapu pemerah pipi, pastikan anda melakukannya sebelum anda menyapu bedak pada wajah ini. Ini boleh membuatkan solekan tampak lebih semula jadi.
2. Untuk mendapatkan hasil yang maksimum ketika anda membentuk bulu mata anda, gunakan pengering rambut untuk memanaskan pelentik bulu mata anda. Ia akan membuatkan bulu mata tampak lebih lentik dan tahan lebih lama.
3. Tidak kira bedak asas anda di dalam bentuk cecair atau serbuk, pastikan anda memilih berus dan bukan span. Penggunaan berus akan membuatkan sapuan lebih rata dan tidak bertompok.
4. Lembapkan span atau berus anda sebelum mengaplikasikan pembayang mata untuk mendapatkan warna yang lebih menonjol dan solekan yang lebih tahan lama.
5. Untuk memberikan kemasan matte pada wajah, dab deodoran anda di bahagian T wajah dan bawah mata dengan menggunakan jari.
6. Gunakan maskara sebelum anda mandi kerana air tidak dapat mencuci maskara sepenuhnya dan lebihan maskara yang tertinggal itu membuatkan solekan bulu mata tampak lebih semula jadi.
7. Sebelum menyapu bedak asas pada wajah, berdiri lima belas saat di hadapan peti sejuk anda. Ini dapat mengetatkan pori sekali gus mengelakkan bahan yang berbahaya di dalam alat solek terperangkap di dalam pori.
Labels:
butik pengantin,
Info,
Info Kecantikan,
Info Mekap,
News,
Petua,
Petua Kecantikan,
petua lelaki,
petua melayu,
petua nenek,
Petua Orang Melayu,
petua untuk lelaki,
Petua Wanita,
petua warisan,
tip untuk lelaki,
Tips
Langgan:
Catatan (Atom)
