
Ahad, 14 April 2013
Ciri-Ciri Wanita Yang Membuat Lelaki Cair.
Keibuan
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.
Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.
Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.
Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??
Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topic kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.
Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.
Simpati dan Prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.
Takwa dan Kelembutan
Sifat ini menjadi penyuluh membezakan antara wanita islam dengan wanita bukan islam. Sifat takwa merangkumi takut, taat dan patuh serta tunduk dengan kekuasaan dan ketetapan hukum Tuhan pada dirinya. Maksud takwa luas dan ia adalah akar tunjang akidah muslim. Ia juga menjadi daya penarik lelaki bagi mememilih pasangan yang terbaik untuknya.
Pendamai
Sedia menerima kebenaran daripada sesiapa sahaja yang memberi teguran adalah satu sifat yang menjadikan lelaki cenderung pada wanita. Pendamai ialah sifat suka menghubungkan silaturrahim, cuba menjauhkan perpecahan dalam hubungan sesama saudara dan berusaha menghubungkannya supaya lebih erat.
Beragama
Antara yang terbaik bagi wanita islam adalah pengetahuan yang mendalam dalam agamanya. Oleh itu, Islam mewajibkan wanita menuntut ilmu sebagaimana diwajibkan ke atas lelaki. Sifat ini menjadikan lelaki merasa selamat ke atas lelaki. Sifat ini menjadikan lelaki berasa selamat apabila meninggalkan pasangannya untuk satu tempoh kerana tuntutan tugas atau seumpamanya.
Berkemahiran
Sebahagian kita menganggap memasak sebagai kemahiran yang remeh dan tidak dipandang lelaki. Namun ia boleh dijadikan satu bonus bagi menjadikan lelaki cenderung bagi mengenali wanita. Memasak mempunyai nilai yang tersendiri. Bukan kerana kesedapan semata-mata tetapi ia mempunyai kuasa mengikat lelaki untuk berada di rumah selepas berumah tangga.
Berterus Terang
Berterus terang menjadikan lelaki mudah menerima tanpa memikirkan sesuatu dengan begitu mendalam. Lelaki amat kompleks daripada sudut pemikiran. Justeru, perkara yang kecil jangan dirumitkan dengan kata-kata tersirat kerana lelaki mudah menolak perkara begitu sehingga perkara lain yang difikirkan lebih dahulu selesai
Labels:
butik pengantin,
Info,
Petua,
petua melayu,
petua nenek,
petua warisan,
Tips
Lawak
Udin: "Pak, apa kentut dalam bahasa Inggeris?"
Pak: "Wind of change."
Udin: "Kentut yang tidak bunyi?"
Pak: "Sound of silence."
Udin : "Kentut yang ada ampasnya?"
Pak: "Dust in the wind."
Udin : "Kentut yang tak sengaja gitu?"
Pak: "Careless whisper."
Udin: "Kentut yang terhimpit?"
Pak: "Please release me."
Udin: "Kentut yang bau bangettt?"
Pak: "Killing me softly..."
Udin: "Kalau kentut beracun?"
Pak: "Don't speak..."
Udin: "Kentut malam hari?"
Pak: "Wonderfull tonight."
Udin: "Orang yang sering kentut?"
Pak: "Someone like you."......
Sabtu, 9 Mac 2013
KESIHATAN: 7 LANGKAH MEMASTIKAN MATA SENTIASA SIHAT
Hari ini sekadar nak berkongsi 7 tips ringkas untuk memastikan mata kita sentiasa sihat. Dalam kehidupan seharian kita yang serba sibuk ini, penjagaan kesihatan merupakan benda yang amat penting untuk diri kita dan keluarga kita. Kurniaan yang tidak dapat dijual beli ini sangatlah berharga dan perlulah kita menjaganya supaya ia kekal dapat digunakan oleh diri kita seumur hidup insyaALLAH. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh kita ikuti untuk memastikan mata kita sentiasa sihat.
Periksa mata anda setiap 12 bulan atau awal
Jika kita menggunakan kanta lekap atau cermin mata yang sudah tidak sesuai dengan kadar penglihatan kita, kita akan menyebabkan kekaburan mata kita semakin teruk dan ada sesetengah orang yang akan menghadapi sakit kepala disebabkan perkara ini.
Gunakan lensa yang terbaik
Terdapat terlalu banyak lensa di pasaran, tetapi bukan semua lensa adalah sama. Terdapat kualiti yang berbeza-beza. Disebabkan itu, pilihlah kualiti lensa yang baik, kerana ini akan mengelakkan daripada lensa tersebut merosakkan mata kita. Lensa yang tidak baik akan menyebabkan mata kita semakin rosak sepanjang masa kita menggunakan lensa tersebut.
Buat rujukan dan cari sebarang reviu mengenai lensa tersebut sebelum membuat pembelian di mana-mana pusat optometris pilihan anda.
Gunakan cermin mata anti UV
Di dalam keadaan cuaca di Malaysia ini yang panas sepanjang tahun, kita perlu mengambil berat juga mengenai cahaya UV yang terpancar sepanjang hari. Oleh yang demikian, disarankan untuk kita memakai cermin mata gelap (sunglasses) yang baik, yang melindungi kita daripada cahaya UV ini. Seeloknya kita elakkan daripada membeli cermin mata gelap yang murah di pasar-pasar malam atau tempat yang seumpamanya, kerana kebanyakan cermin mata ini tidak menapis cahaya UV, sekali gus menyebabkan kita tidak melindungi mata kita daripada pancaran sinar UV.
Terdapat juga cermin mata yang dapat menapis cahaya UV yang tidak terlalu mahal, kalau anda rajin mencari, pasti akan menjumpainya. Namun jika anda mempunyai kemampuan untuk membeli cermin mata yang mempunyai kualiti yang bagus, sebaik-baiknya anda membeli cermin mata tersebut.
Jaga apa yang anda makan
Tiada makanan yang akan menyebabkan mata anda rosak secara langsung, dan jika anda mengambil vitamin dan mineral yang betul, ianya akan membantu anda untuk menjaga kesihatan mata anda. Vitamins C, A and E, asid folik, selenium and zink sememangnya akan memberi faedah kepada kesihatan mata anda. Terdapat banyak lagi vitamin lain yang akan membantu secara tidak langsung terhadap kesihatan mata anda. Selepas ini jadikan lobak merah sebagai salah satu menu makanan anda. 
Pencahayaan yang secukupnya semasa membaca atau menggunakan komputer
Semasa anda membaca atau sedang menggunakan komputer, pastikan pencahayaan dikawasan pembacaan anda alah cukup supaya mata anda tidak cepat penat dan letih. Jika cahaya yang digunakan terlalu terang, ianya akan menyebabkan mata kita rosak. Seelok-eloknya kita pastikan pencahayaan kita adalah cukup terang tetapi tidak menyebabkan mata kita tidak selesa.
Rehatkan mata anda
Dalam dunia sekarang ini, kebanyakan kerja yang kita lakukan menggunakan komputer dan disebabkan itu, kita akan berkelip 25% kurang daripada biasa. Ini menyebabkan mata kita akan cepat kering. Memang kita akan berkata, kalau macam tu, aku akan berkelip lebih banyak aa. Tapi kita tidak dapat mengawal refleks secara semulajadi ini. Justeru itu, pejamkan mata anda dan kira sehingga 5, lakukan perkara ini dari masa ke semasa.
Satu lagi cara adalah dengan mengalihkan pandangan dari skrin anda dan lihat objek yang berada jauh dari anda. Jika anda mempunyai tingkap yang mempunyai permandangan yang hijau, lihat sejauh mata mampu memandang, ini akan membantu anda merehatkan mata anda.
Jaga kanta lekap anda
Jika anda pengguna kanta lekap, pastikan anda menjaga sebaik-baiknya. Sentiasa bilas kanta lekap anda apabila anda memasang atau menanggalkan kanta lekap anda. Pastikan juga anda menukar cecair kanta lekap anda di dalam bekas yang anda guna untuk menyimpan kanta lekap anda semasa anda tidur. Pastikan kuku kita tidak terlalu tajam, kerana ianya akan merosakkan kanta lekap jika kita tidak berhati-hati, dan menyebabkan penglihatan kita tidak selesa.
—
Semoga tips-tips ini akan membantu kita dalam penjagaan mata kita dalam kehidupan seharian.
Semoga tips-tips ini akan membantu kita dalam penjagaan mata kita dalam kehidupan seharian.
8 Petua Mudah Kuruskan Badan & Kempiskan Perut
Petua Mudah Kuruskan Badan & Kempiskan Perut
Ramai antara kita yang sanggup berhabis ratusan mahupun puluhan ribu ringgit semata-mata untuk kuruskan badan untuk kelihatan langsing dan menawan. Keghairahan untuk tampil dengan bentuk menawan, anggun dan bergaya hampir menyebabkan kita gagal untuk mengawal perbelanjaan kita. Ramai juga yang akhirnya kecewa selepas berhabisan ribuan ringgit namun hasilnya tidak memuaskan hati.
Kekecewaan ini mungkin boleh diatasi sekiranya kita mengetahui tips atau petua untuk kuruskan badan. Ayuh kita cuba 8 tips mudah kuruskan badan ini. Moga ada manfaatnya hasil perkongsian artikel ini.
1. Elakkan makanan ringan – Jauhkan diri daripada makanan ringan mahupun segera terutamanya makanan bertepung atau mempunyai kandungan gula yang tinggi. Yang penting ialah mengawal keseimbangan jumlah kalori yang diperlukan oleh badan dengan cara makan lebih kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit.
2. Hadkan makanan tinggi karbohidrat – Elakkan terlebih makan nasi, kentang, ubi dsb. Namun, jangan langsung tinggalkan makanan karbohidrat kerana badan kita masih perlukannya sebagai sumber tenaga.
3. Kurangkan sumber protein – Cuba kurangkan makanan tinggi protein seperti ikan, tauhu, tempe dan daging. Elok juga dipelbagaikan sumber protein untuk badan kita.
Dapatkan Panduan Kuruskan Badan & Kempiskan Perut dengan Cepat dan Berkesan!
4. Pilih menu makanan yang betul – Pastikan menu makanan kita pelbagai. Masukkan sayuran dan buah-buahan kerana ia cepat mengenyangkan kita.5. Makan banyak buah – Amalkan makan buah-buahan sebelum makan terutamanya buah-buahan seperti epak, betik, belimbing dsb.
6. Kurangkan buah manis – Cuba kurangkan makan buah-buahan yang tinggi kadar fruktosanya seperti pisang, tembikai, anggur dan mangga. Fruktosa yang tinggi akan bertukar menjadi glukosa dalam darah.
7. Banyakkan minum – Latih diri untuk perbanyakkan minum air putih. Lebih penting untuk kurangkan atau jauhkan diri dari minuman soda atau bergas.
8. Bersenam – Semua tips di atas untuk kuruskan badan akan lebih berkesan ataupun hanya berkesan dengan hanya kita meluangkan 30 minit hingga 1 jam untuk melakukan senaman ringan. Berjalan sekitar taman perumahan ataupun menaiki tangga juga cara terbaik untuk melakukan senaman mudah.
Inilah tips dan petua ringkas untuk kuruskan badan. Usaha yang gigih dan konsisten amatlah perlu untuk berjaya dalam misi kita untuk mengempiskan perut. Moga ada kebaikan daripada perkongsia artikel ini.
Saya sarankan jika benar-benar ingin berjaya untuk kuruskan badan, bolehlah cuba untuk mendapatkan nasihat daripada pakar yang terbukti berjaya mengurangkan berat badan 5kg dalam 5 minggu.
Langgan:
Catatan (Atom)
